Khamis, 24 Februari 2011

Kehidup@n yang berbeza MATLAMATNYA SAMA

Kehidupan bagaimana yang kita inginkan? Adakah kehidupan yang bahagia tetapi susah ataupun kehidupan bahagia tetapi kaya ataupun kehidupan sekadarnya sahaja ataupun kehidupan yang diredhai ALLAH? Berbagai makna kita boleh tafsirkan bagi kalimah KEHIDUPAN. Tetapi bagaimana kita ingin laksanakannya sesuai dengan hukum dunia dan sekaligus diserikan dan disinari kehidupan itu dengan peraturan-peraturan ALLAH agar bahagia dunia dan akhirat. Hidup ini tidak selalunya indah, langit juga tidak selalunya cerah. Bahagia tidak selalunya berpanjangan begitu juga sedih tidak akan selamanya. Setiap yang ALLAH jadikan itu ada pasangannya serta hikmah yang tersendiri. Cuma kita, MANUSIA, yang selalu alpa dan sentiasa lupa akan cabaran hidup yang ALLAH sediakan bagi kita. Pernah kita terfikir kenapa ALLAH ciptakan dan hidupkan kita di penjara yang sementara ini? Mari kita hayati kisah dan seterusnya muhasabah mana positif dan negatifnya kisah dibawah:

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, “Adakah balang tersebut penuh?”

Pelajarnya menjawab "ya!".

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..."

 "Anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."

 "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..." Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.

Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... " Banyakkan amalan tingkatkan iman. Hidup biar sederhana tapi kaya dengan adab dan amalan.

Rabu, 23 Februari 2011

kufur nikmat atau ????

Saya ada terbaca cerita yang berbunyi seperti dibawah:

Pendayung Sampan Dan Professor
Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan. Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan. 

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata "Hmm..tak lama hujan lebat akan turun.."

"OK semua sudah siap mari kita balik." Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.

"Dah lama kamu mendayung sampan?" Tanya Profesor kepada pendayung sampan.

 "Hmm..hampir seumur hidupku," jawab si pendayung ringkas.

"Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?" tanya Profesor itu lagi.

"Ya.."jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu.
"Kamu tahu Geografi?" Si pendayung menggeleng..
"Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu."
"Kamu tahu Biologi?"tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu  menggeleng lagi.
"Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu."
"Kamu tahu Fizik?" Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.
"Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu. Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi," Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat.
Pendayung sampan hanya mendiamkan diri. Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan
pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?" Profesor hanya menggeleng.
"Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu." Kata pendayung
itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi..

begitulah KEHIDUPAN ...pernah anda berjumpa org yang berilmu dan dia angkuh dan sombong dengan ilmu yang sedikit itu? Allah subhanahuwataa'la menyuruh kita supaya sentiasa merendah diri walau setinggi mana harta, ilmu atau apa sahaja yang kamu miliki. Kita tengok khalifah islam yang kedua, Saidina Umar r.a.. dia menyuruh sesiapa sahaja membetulkan jikalau ada keslahan dirinya sendiri..siapakah kita yang hanya hamba yang cuma tahu sehuruf ilmu dari ilmu Allah ini untuk angkuh dan sombong dimuka bumi ini? Allah berkata " jika kamu bersyukur akan aku tambahkan lagi untuk kamu, jika kamu kufur maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih"...Akhir kata sentiasa lah kita muhasabah diri kita yang senantiasa melakukan dosa setiap masa...