Sabtu, 9 April 2011

Indahnya malam pertama kita

Satu hal yang boleh dijadikan bahan renungan kita untuk merenungkan indahnya malam pertama..
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut 

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu, mempelai sangat dimanjakan
Mandi pun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya...
Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan,
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah susuk tubuh kita,
Itulah jasad kita waktu itu.

Setelah dimandikan.
Kita pun akan dipakaikan baju yang cantik berwarna putih
Kain itu, jarang orang memakainya..
Kerana ia  sangat terkenal, yang bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju kita...
Pada kepala..,badan...dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah...itulah wajah kita
Keranda pelaminan, telahpun disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...mmm...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah gemalai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai dan taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin,
Berwalikan liang lahat,
bersaksi-saksikan nisan-nisan,  yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantaran akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggalkan sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah...
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi...
Sang Malaikat lalu bertanya...

"MAARABBUKAA...."

Kita tak tahu apakah akan memperoleh nikmat kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh siksa kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....



Sekadar renungan buat kehidupan kita yang sentiasa kealpaan...

Jumaat, 1 April 2011

Bagaimanakah kehidupan?


Adakalanya tersenyum, adakalanya menangis.
Kadang-kadang pula terasa perit, kadang-kadangnya pula terasa asyik.
Ada masanya benci, tiba ketikanya sayang, sampai waktunya ke alam kubur.
Bila difikirkan, kehidupan sangat seronok, tetapi yang paling dekat menghampiri kita adalah kematian.
Bagi yang beriman pula, ianya penjara untuk sampai ke alam yang kekal, manakala yang mengejar keduniaan, ianya teramat pendek masanya untuk mengumpul kebendaan.
Bila begitu yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Kita tidak dapat untuk kembali walaupun kita meminta untuk kembali kerana sudah cukup masanya diberikan peluang.
Kehidupan temannya nafsu. Bila nafsu menguasai, segalanya halal walupun perkara itu tidak masuk akal.
Kata hamka, hujung akal adalah agama. Tetapi akal juga ada hadnya.  Bila merenung kembali, mengapa kita Allah sediakan cabaran dalam kehidupan.
Untuk kita bersabar , bersyukur dan bertakwa pada-Nya. Allah Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kuasa.
Mengapa perlu hidup dalam kesombongan, keresahan dan ketakburan? Kita hanya merancang dan Allah lah yang Maha Perancang.
Jangan berhenti dalam mencari keredhaan, tetapkan akidah tingkatkan keimanan martabatkan Islam.

Rama-Rama dan Bunga


Pada suatu hari, seorang lelaki memohon doa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya Katus dan Ulat. Lelaki ini sedih  serta tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza dengan permintaannya. Kemudian dia berfikir,
 Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diusruskan-Nya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu masa, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah alam dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan dari ulat yang terselindung bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tahu masa dan ketika mana yang kita perlukan apa yang kita ingini. Jika kita menjaga Allah akan menjaga kita. Selangkah kita dekat pada-Nya, seribu langkah Dia dekat dengan kita. Allah sentiasa memberikan sesuatu yang pada pandangan kita adalah salah. Tetapi ingatlah, Allah jua yang memberikan segalanya. Tidak sedikit pun Allah meminta untuk membalas apa yang diberikan-nya. Sentaiasalah kita berdoa dan berdoa dan tidak berhenti meminta pada Allah. Duri hari ini adalah bunga hari esok.