Jumaat, 1 April 2011
Rama-Rama dan Bunga
Pada suatu hari, seorang lelaki memohon doa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya Katus dan Ulat. Lelaki ini sedih serta tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza dengan permintaannya. Kemudian dia berfikir,
Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diusruskan-Nya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu masa, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah alam dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan dari ulat yang terselindung bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tahu masa dan ketika mana yang kita perlukan apa yang kita ingini. Jika kita menjaga Allah akan menjaga kita. Selangkah kita dekat pada-Nya, seribu langkah Dia dekat dengan kita. Allah sentiasa memberikan sesuatu yang pada pandangan kita adalah salah. Tetapi ingatlah, Allah jua yang memberikan segalanya. Tidak sedikit pun Allah meminta untuk membalas apa yang diberikan-nya. Sentaiasalah kita berdoa dan berdoa dan tidak berhenti meminta pada Allah. Duri hari ini adalah bunga hari esok.
Dicatat oleh elyahya di Jumaat, April 01, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan