Jumaat, 1 April 2011

Bagaimanakah kehidupan?


Adakalanya tersenyum, adakalanya menangis.
Kadang-kadang pula terasa perit, kadang-kadangnya pula terasa asyik.
Ada masanya benci, tiba ketikanya sayang, sampai waktunya ke alam kubur.
Bila difikirkan, kehidupan sangat seronok, tetapi yang paling dekat menghampiri kita adalah kematian.
Bagi yang beriman pula, ianya penjara untuk sampai ke alam yang kekal, manakala yang mengejar keduniaan, ianya teramat pendek masanya untuk mengumpul kebendaan.
Bila begitu yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Kita tidak dapat untuk kembali walaupun kita meminta untuk kembali kerana sudah cukup masanya diberikan peluang.
Kehidupan temannya nafsu. Bila nafsu menguasai, segalanya halal walupun perkara itu tidak masuk akal.
Kata hamka, hujung akal adalah agama. Tetapi akal juga ada hadnya.  Bila merenung kembali, mengapa kita Allah sediakan cabaran dalam kehidupan.
Untuk kita bersabar , bersyukur dan bertakwa pada-Nya. Allah Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kuasa.
Mengapa perlu hidup dalam kesombongan, keresahan dan ketakburan? Kita hanya merancang dan Allah lah yang Maha Perancang.
Jangan berhenti dalam mencari keredhaan, tetapkan akidah tingkatkan keimanan martabatkan Islam.

0 ulasan: